Lelaki ditahan sebarkan ajaran Daesh di laman sosial

Menurut laporan Today Online, Asrul Alias, 33, diletakkan dalam tahanan reman selama dua tahun selepas dia ditahan pada Ogos lalu.

Dia tidak dibenarkan menukar tempat tinggal, pekerjaan atau melancong luar dari Singapura tanpa mendapat kebenaran rasmi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Asrul yang merupakan seorang juruteknik menjumpai bahan berkaitan Daesh pada 2014 ketika membaca isu konflik di Syria.

Sejak itu, dia menjadi penyokong Daesh selepas terpengaruh dengan propaganda kumpulan pengganas tersebut.

Dia mula mencari bahan yang menjurus kepada pro-Daesh dan berkongsikan maklumat berkenaan di media sosial dengan niat untuk menyebarkan ideologi kumpulan tersebut, malahan dia juga akan membalas kritikan orang ramai di laman sosial mengenai Daesh.

Akhir 2015 hingga awal 2016, Asrul berhenti memuat naik sebarang maklumat berkaitan Daesh selepas ditegur oleh ahli keluarga dan rakan karib, namun dia masih lagi berterusan membaca bahan berkaitan kumpulan pengganas tersebut. – Agensi

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap