Lelaki disyaki cuba bunuh diri guna gas LPG

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Adzli Abu Shah berkata, lelaki berusia 31 tahun yang memiliki beberapa rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah itu melakukan perbuatan berbahaya berkenaan kira-kira pukul 11.50 malam.

“Lelaki itu merupakan seorang penganggur dan dipercayai mengalami kemurungan akibat masalah kewangan. Dia bertindak demikian selepas berselisih faham dengan keluarganya di rumah berkenaan.

“Isterinya kemudian menghubungi pihak polis dan bomba bagi mendapatkan bantuan. Bomba dan polis berjaya menyelamatkan lelaki berkenaan dengan membuka pintu itu dan kemudian menghantarnya ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya, memetik Kosmo Online.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Sulong Addin berkata, seramai lapan Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dikejarkan ke rumah itu bagi memberi bantuan sejurus pihaknya menerima maklumat kejadian.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap