Lelaki disaman kerana seluar koyak?

Seorang pemandu yang dikatakan disaman atas kesalahan memakai seluar koyak viral di laman media sosial.

Merujuk pada gambar yang mula disebarkan oleh netizen itu menunjukkan pemandu tersebut disaman kerana bahagian lutut pada seluarnya yang koyak.

Perkara itu seterusnya mengundang rasa tidak puas hati di kalangan netizen.

“Polis kita semakin hebat.

“Aiyo, pakai seluar koyak pun saman kah?”

Berikut antara luahan rasa tidak puas hati netizen berkenaan perkara tersebut.

Pemandu yang memuat naik gambar itu dipercayai dikenakan saman pada 22 November lalu kira-kira pukul 11.15 pagi di Jalan Kuching, memetik laporan Berita Daily hari ini.

Pemandu tersebut seterusnya diarahkan hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta pada 21 Januari 2017 pada pukul 8 pagi untuk perbicaraan.

Related posts

Kes Stokin Kalimah Allah, Polis Tingkatkan Kawalan Di Mahkamah Shah Alam Elak Ketegangan

Konvoi Sahur: Dua Maut Dirempuh Lori Kontena

Majlis Perbandaran BP Batalkan Operasi Syarikat Edar Stokin Kalimah Allah