Insiden berlaku di dalam bas yang sedang bergerak di wilayah Kocaeli barat Turki apabila lelaki itu melakukan tindakan menjijikkan di hadapan seorang wanita yang berdiri berhampirannya.
Rakaman CCTV menunjukkan mangsa memukul lelaki itu secara berulang kali sebelum penumpang wanita lain turut bersama-sama memukul serta menendang suspek.
Ketika dia dipukul oleh beberapa wanita, lelaki itu cuba untuk melarikan diri sebaik pintu bas dibuka dihadapan balai polis Basiskele namun berjaya dihalang oleh beberapa penumpang lain sebelum ditahan polis.
Memetik laporan Metro.uk, saksi berkata, apabila seorang wanita sedar lelaki itu menunjukkan kemaluannya, dia menjerit dan bertindak memukul lelaki itu sebelum diikuti oleh beberapa wanita lain.
Lelaki itu kini ditahan dan siasatan berhubung insiden sedang dijalankan.