Lelaki dilanggar ETS di Nibong Tebal

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafee Abdul Samad berkata mayat tanpa sebarang pengenalan diri itu ditemui penduduk yang tinggal berdekatan kawasan itu pada pukul 5 petang.

“Menurut saksi, mangsa dipercayai maut dilanggar Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) di Kilometer 29.25 landasan berkenaan menghala arah selatan,” katanya di sini Khamis.

Katanya polis yang menjalankan siasatan dan pemeriksaan di tempat kejadian menemui kepala mangsa berada 10 meter dari lokasi mayat ditemui.

Beliau berkata terdapat kesan koyak pada pagar di kawasan landasan itu dan dipercayai ia dijadikan sebagai laluan pintas antara Perkampungan Jawi dan Kampung Titi Hitam.

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan orang ramai yang kehilangan anggota keluarga diminta hadir ke hospital itu atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membuat pengecaman, katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia