Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid memerintahkan Mohamad Firdaus Mohsin, 27, menjalani hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri baju dalam, seluar dalam dan pakaian wanita dengan nilai keseluruhan RM400 milik seorang pelajar kolej swasta berusia 21 tahun.
Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu dapur di sebuah hotel didakwa melakukan perbuatan itu di dalam bilik sebuah rumah di Jalan Danau Saujana, Setapak pada pukul 5 petang 10 September lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda, petik Kosmo Online.