Sekeping gambar yang disebarkan di media sosial menunjukkan kelibat lelaki berkenaan dari arah belakang yang mendedahkan punggungnya.
Pengguna Twitter, shamxykamal menulis: “Di sebuah pusat beli-belah, ada seorang lelaki berjalan dalam keadaan bogel.”
Pengguna Twitter shamxykamal turut berkongsi gambar yang menunjukkan lelaki berkenaan ditahan pihak keselamatan.
Jurucakap pusat beli-belah itu berkata, lelaki bogel itu dilihat di premis tersebut kira-kira pukul 4.30 petang, Jumaat.
“Anggota keselamatan kami berjaya menahannya dengan segera.
“Kami kemudian membawanya ke pejabat dan memberikan kepadanya beberapa pakaian,” kata jurucakap itu kepada The Star.
Jurucakap itu berkata mereka cuba bertanya mengapa dia berkelakuan sedemikian namun dia sekadar membisu.
“Dia seolah-olah tidak stabil dan enggan menjawab (soalan kami).
“Jadi kami tidak tahu sama ada dia warga tempatan atau rakyat asing kerana jelas tiada kad pengenalan diri,” kata jurucakap itu.