Lelaki ‘berbasikal ke seluruh UK’ dari Rumah

Mengayuh basikal senaman mungkin boleh membantu mengekalkan fizikal anda namun jika dilakukan setiap hari, ia pasti akan membosankan selepas beberapa bulan. Aaron Puzey telah menghabiskan setengah jam sehari selama setahun di atas basikal senaman sehinggalah dia memutuskan untuk mencari satu cara untuk membuat senamannya lebih menyeronokkan.

Dengan teknologi realiti maya yang boleh didapati secara meluas pada masa kini, apa yang dia perlu lakukan hanyalah menggunakannya. Jadi dia membina sebuah aplikasi untuk set kepala Samsung Galaxy Gear VR yang akan membenarkan dia menyambung kepada Google Streetview dan membuatkan ia kelihatan seperti dia berbasikal melalui lokasi sebenar.

Apakah matlamatnya? Untuk berbasikal mengelilingi United Kingdom, 1500 kilometer daripada Land’sEnd hingga ke John o ‘Groats tanpa meninggalkan rumahnya.

Cabarannnya adalah membina sebuah aplikasi yang mampu memuat turun data 3D dari Street View dan menyepadankan aturannya dengan set headset. Selain daripada itu, apa yang dia perlu lakukan hanyalah melekatkan alat Bluetooth ke basikal senamannya untuk mengukur RPM dan menghantar data kepada Samsung Galaxy VR sebagai arahan untuk meneruskan laluan untuk berbasikal.

Walaupun kualiti imejnya tidak cantik akibat mampatan yang tinggi maklumat ke dalam alat tersebut, menjadikan pokok dan pagar kelihatan samar, Aaron benar-benar menikmati perjalanannya.

Dia turut meluangkan lebih masa untuk berbasikal setiap hari untuk mencapai destinasinya dalam masa 50 hari akan datang. Dia telah mendokumenkan perjalanannya pada blog Cycle VR dengan berkongsi video perjalanannya setiap 100 kilometer.

Projek menarik Puzey bukanlah seperti berbasikal di dunia sebenar kerana anda tidak dapat rasa angin di muka setiap kali mengayuh secara laju, atau rasa sengal di lutut akibat berbasikal menaiki bukit, namun ia memberi peluang untuk dia meneroka ke tempat di negaranya yang dia tidak pernah lawati.

Ia pasti lebih menarik berbanding berbasikal di ruang tamu anda sambal menonton televisyen atau melihat dinding yang kosong.

Yang lebih menarik adalah aplikasi ini membenarkan Puzey untuk berbasikal ke seluruh dunia, secara teorinya. Dia memberitahu yang dia sudah lama ingin melawat Jepun. Jadi, mungkin setelah pengembaraannnya di UK selesai, dia akan meneruskan perjalanan baru merentasi Negeri Matahari Terbit.

https://www.youtube.com/watch?v=EZafa8PKad4

Related posts

Polis Sahkan Terima 42 Laporan Berhubung Isu Stokin Tertera Kalimah Allah

Sembur racun serangga dalam telinga untuk bunuh lipas

Pakar bedah tertua dunia berusia 89 tahun