Lebuhraya Pan Borneo bukan janji pilihan raya

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata pihak yang tidak bertanggungjawab itu perlu melihat sendiri perkembangan projek-projek tersebut.

“Datang sini, tengok dengan mata sendiri apa yang berlaku. Semua sudah ada, ” katanya dalam sidang media selepas melancarkan jentera pilihanraya PBB Zon Sri Aman di Ibu Pejabat PBB di sini hari ini.

Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang kononnya segala projek pembangunan di Bumi Kenyalang ini hanya retorik.

Menurut Abang Johari, projek-projek tersebut telah lama dirancang dan memerlukan masa untuk melaksanakannya.

Susulan daripada itu, beliau berkata adalah tidak wajar untuk pihak-pihak tertentu membuat tuduhan dan menabur fitnah kepada masyarakat

Turut hadir dalam majlis itu, Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tunku Jaafar, Timbalan Ketua Wanita PBB, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai