Lebih ramai akan ditahan berkaitan Bersih, Baju Merah

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri itu berkata, pihaknya sudah mempunyai senarai nama individu terbabit tetapi tidak akan mendedahkan kepada umum.

Sebaliknya beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan.

“Saya menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) dan pihak polis untuk bertindak.

“Individu ini bukan sahaja akan ditahan tetapi juga akan didakwa,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah penduduk yang dinaiki banjir air pasang besar di Kampung Simpang Tiga di Bagan Datoh pada Sabtu.

Ahmad Zahid juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa polis menyalahgunakan kuasa kerana menangkap beberapa individu lebih awal sebelum perhimpunan BERSIH 5 berlangsung hari ini.

Katanya, tiada isu salahguna kuasa kerana polis menahan individu daripada kedua-dua kumpulan baju kuning dan baju merah dan bukan hanya daripada satu pihak sahaja.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri