Lebih baik Tun Mahathir kembali ke tikar sejadah – Nik Abduh

Ahli Parlimen PAS-Pasir Mas itu berkata tindakan-tindakan Tun Mahathir ketika ini tidak sama dengan apa yang dilakukan ketika mentadbir kerajaan selama 22 tahun yang lalu.

“Tun Mahathir ni dia komen ikut suka dia je. Dia ni orang tua. Dia yang sekat royalti Kelantan kemudian nak bagi royalti. Dia yang penjara (bekas ketua pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) kemudian nak bebas Anwar.

“Masa dia ada kuasa dia tak buat, masa dia tak ada kuasa dia sebut. Tun Mahathir lebih baik kembali ke tikar sejadah, pergi ke Mekah. Banyak belajar agama, itu lebih baik untuk dia dari ulang (cakap) politik.

“Bagi saya, dia ulang apa yang dia nak buat benda yang dia tak buat masa dia ada kuasa. Benda ini menyusahkan anak muda,” katanya kepada pemberita di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tun Mahathir dalam Konvensyen Harapan pada Sabtu lalu yang menegaskan mana-mana pihak yang memusuhi gabungan pembangkang itu boleh dianggap sebagai penyokong Najib.

Menurut Nik Abduh, senario politik hari ini tidak digemari orang muda dan adalah lebih baik pemimpin termasuk kedudukan Perdana Menteri diserahkan kepada orang muda.

“Saya ingat anak muda tak selesa dengan politik Malaysia hari ini yang pemimpin banyak terumbang ambing.

“Pandangan saya perdana menteri Malaysia patut bagi pada orang muda je,” katanya lagi.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri