‘Lebih baik Ku Nan isytihar hartanya dahulu’

Perkara itu digesa Ahli Jawatankuasa Penaja BERSATU, Anina Saadudin yang secara sinis mempersoal nilai aset menteri berkenaan kerana dilihat takut mendedahkannya kepada umum.

“Nasihat saya kepada Ku Nan, daripada beliau cuba nak mencabul tentang fikiran saya, lebih baik beliau isytihar dulu harta-hartanya.

“Banyak sangat kah hartanya sehingga susah nak diisytiharkan?” tulisnya dalam satu kenyataan.

Terdahulu Anina pada Rabu bertindak menarik balik tiga kes mahkamah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tengku Adnan yang dibuat dahulu atas kapasiti sebagai ahli UMNO.

Menjelaskan perkara itu, Anina berkata saman berkenaan kini sudah tidak kena dengan statusnya sekarang sebagai ahli BERSATU bukan lagi ahli UMNO.

“Kini saya telah menjadi ahli jawatankuasa penaja Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) dan kes saman yang terdahulu ketika bermula sebagai ahli UMNO sudah tidak relevan lagi.

“Sebagai contohnya, apa asas saya untuk menuntut keahlian Umno diberikan semula kepada saya, sedangkan saya kini adalah ahli Protem Penaja Bersatu,” katanya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri