Larangan masuk kuasa mutlak Sarawak

Kata Pengerusi Barisan Nasional itu kuasa autonomi tersebut tidak harus dipersoalkan oleh mana-mana pihak kerana tujuan utamanya ialah menjaga kepentingan rakyat di negeri ini.

“Itu kuasa mutlak yang diberikan kepada kerajaan negeri Sarawak dan ia merupakan budi bicara mereka.

“Saya percaya kerajaan negeri Sarawak ada pertimbangan tertentu yang pentingnya ia tidak mahu suasana politik di sini dikeruhkan dengan ucapan-ucapan mungkin menyentuh perasaan dan sebagainya,” katanya di Kuching di sini.

Tegas Najib, semua pihak mesti menghormati sebarang keputusan dibuat kerajaan negeri Sarawak dan menghormati proses demokrasi yang diamalkan.

“Sebabnya, kalau kita mementingkan soal rakyat Sarawak, maka ketentuan harus dibuat oleh rakyat Sarawak sendiri termasuk pemimpin-pemimpin mereka.

“Itulah merupakan kayu pengukur muktamad, bukan orang dari luar tetapi orang Sarawak sendiri harus menentukan siapa patut berkempen untuk mereka dan lain-lain lagi,” katanya.

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai