Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya masih menunggu siasatan lanjut daripada pihak polis dan laporan bedah siasat oleh pihak Hospital Putrajaya.
“Setakat ini, saya belum dapat laporan penuh. Jika lihat pada laporan awal tiada unsur untuk sebabkan kematian sebaliknya mereka (pelajar sekolah) hanya bergurau sesama mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Pelan Hala Tuju Bahasa Inggeris 2015-2025 bersama Cambridge English di Putrajaya pada Selasa.
Terdahulu, Azim Hakimi maut apabilaterjatuh dari bangunan tingkat tiga bangunan sekolah tersebut ketika cuba mengambil beg rakan yang dibaling rakan lain di bahagian koridor kelasnya.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan patah tangan maut di tempat kejadian selepas gagal menyeimbangkan badan sebelum terjatuh.