Lapan termasuk seorang anak timbalan menteri didakwa esok

Amar Singh memaklumkan perkara berkenaan di dalam satu sidang media di Kuala Lumpur sambil menambah bahawa dakwaan tersebut adalah berdasarkan kes merusuh di lobi bangunan Parlimen pada 24 November tahun lalu.

Kelapan-lapan mereka terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita berusia antara 33 tahun hingga 55 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Jelas Amar Singh, kertas siasatan sudah siap dan polis akan menuduh lapan individu terbabit mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan merusuh.

“Kesemua yang akan didakwa itu adalah antara lebih 10 individu yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi 24 November 2016 itu, satu pergaduhan berlaku membabitkan penyokong Tajudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak bersama penyokong Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Perkara berkenaan adalah susulan tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang memanggil Tajuddin dengan kata kesat dalam Sidang Dewan Rakyat, beberapa hari sebelum kejadian itu.

Khalid bertindak demikian selepas Tajuddin mengeluarkan perkataan sinis terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap