Lapan sekeluarga hidup bagai warga asing di tanah kelahiran

Itu keluhan Krishnan yang menjalani kehidupan bersama enam anaknya dengan kad pengenalan hijau sebagai pemastautin sementara sejak 15 tahun lalu.

Dakwa Krishnan beliau telah berusaha keras untuk mendapatkan MyKad biru dan kewarganegaraan sepanjang 15 tahun lalu tetapi pasrah dengan hasilnya yang tidak memihak kepadanya.

“Kami puas berjuang untuk mendapatkan MyKad biru untuk anak-anak dengan mendaftarkan diri dalam MyDaftar, namun proses itu juga tak dapat mengubah nasib kami yang terpaksa hidup seperti pendatang asing di bumi sendiri,” katanya yang tinggal di Semenyih, Kajang.

Katanya beliau pada tahun 2011 telah memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara, tetapi sebahagian anaknya hanya diberikan kad hijau dan selebihnya sijil sahaja.

Menurut Krishnan isterinya yang tidak memiliki kad pengenalan dikatakan punca anak-anaknya tidak dapat memperolehi status kewarganegaraannya.

“Isteri saya lahir di sini tetapi tidak mempunyai MyKad disebabkan kesilapan ibu bapanya yang gagal mendaftarkan anaknya.

“Segala dokumen lengkap telah saya serahkan kepada JPN dengan bantuan MYDaftar yang dahulu dipengerusikan oleh Datuk Sivasubramaniam, tetapi sudah 15 tahun masih hidup tanpa pengenalan.

“Saya risaukan masa depan anak saya, apa dosa mereka sehingga terpaksa menderita begini, saya bimbang nasib mereka sekiranya apa apa berlaku pada saya nanti, Kami hilang arah tuju,” keluhnya lagi. – Malaysia Nanban

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal