Langgar lampu merah, budak 6 tahun telefon polis

Robbie Richardson menelefon pihak berkuasa Quincy, Massachusetts, Amerika Syarikat dan memberitahu bapanya telah melanggar peraturan jalan raya.

“Bapa saya telah melanggar lampu merah, memandu trak berwarna hitam dan dia adalah kereta baharu milik ibunya,” kata Robbie kepada operator 911. Operator kemudian meminta untuk bercakap dengan bapanya yang kemudian memohon maaf kerana panggilan anaknya itu.

Sementara itu, bapanya Mike Richardson memberitahu Boston Globe, anaknya memberi amaran akan menelefon pihak polis kerana dia telah melanggar lampu merah ketika melakukan pusingan di persimpangan.

“Robbie memberitahu dia akan menelefon 911 dan melakukan demikian sebaik tiba di rumah,” katanya.

Video percakapan kanak-kanak itu dimuatnaik di dalam talian oleh Jabatan Polis Quincy.

Dalam pada itu, Robbie turut diingatkan untuk hanya menggunakan talian 911 ketika kecemasan.

Robbie berkata, dia akan memanggil doktor mata jika bapanya melanggar lampu merah sekali lagi, ” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia