Lana Nordin tunjuk wajah anak

Gia dilahirkan Januari lalu hasil perkongsian hidupnya dengan pemain bola tampar Amerika Syarikat (AS), Mohd Daud Mckienzie Mei tahun lalu.

Selama ini, pelakon filem Chow Kit itu memilih untuk tidak menunjukkan wajah anak perempuannya itu, sehingga memuat naik gambar terbaharu Gia, pada Sabtu.

“Anak perempuan cantik kesayangan saya,” tulis Lana di laman Instagramnya di bawah gambar Gia.

Beberapa minit lalu pula, Lana memuat naik satu lagi foto mereka sekeluarga sambil mengucapkan Selamat Hari Raya.

Lana, ketika dihubungi, menjelaskan dia kini berada di Malaysia untuk tempoh singkat. Sebelum kembali ke AS, Lana sekeluarga akan terbang ke Singapura. – Berita Harian Online

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran