Menurut kajian, tindakan membunuh diri merupakan punca tertinggi kematian mereka yang mengidap penyakit itu.
Di peringkat antarabangsa, bunuh diri merupakan sebab keempat yang membawa kepada seseorang itu kehilangan nyawa mereka, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Pada tahun 2020, dikhuatiri tindakan membunuh diri boleh menjadi punca kedua terbesar kepada kematian.
Di negara ini, berbanding lelaki, golongan wanita didakwa banyak terdedah kepada tekanan sakit jiwa.
Manakala kajian sama melaporkan kadar kematian akibat bunuh diri dalam kalangan golongan Melayu sangat rendah di negara ini.
Kajian yang sama turut mendedahkan wanita dalam kalangan komuniti India menjadi mangsa tertinggi menghadapi tekanan jiwa selain penyakit lain, kata Datuk Dr. Andrew Mohanraj.
Gaya hidup wanita India yang lebih fokus kepada kerjaya tanpa aktiviti kemasyarakatan dilihat sebagai faktor mereka mengalami penyakit tersebut.
Malah mereka juga didakwa tidak membuat rawatan apabila mengalami tekanan jiwa, selain sikap cuai dan masalah kewangan antara faktor lain mengeruhkan kesihatan mereka setelah mengalami sakit jiwa.
Budaya baharu dalam kalangan wanita India yang kini cenderung menonton siri lambakan drama tamil yang mengandungi mesej negatif dan menyedihkan setiap hari tanpa terlibat dalam aktiviti berfaedah lain turut didakwa sebagai punca mereka terjejas akibat kesihatan.
Ia secara tidak langsung didakwa menjejaskan pemikiran dan minda mereka secara emosi sehingga membawa kepada tekanan jiwa. – Malaysia Nanban