Laman web Imigresen Kanada sesak susulan kemenangan Trump

Laman web rasmi ‘Imigresen dan Kewarganegaraan Kanada’ berhenti berfungsi akibat jumlah luar biasa mereka yang meninjau untuk berhijrah ke negara itu dari sempadan selatan.

Laman web Kanada biasanya menawarkan cara untuk memohon sama ada sebagai penduduk tetap atau rakyat negara itu.

Malangnya maklumat yang mahu dilihat itu gagal dimuat turun. Berhijrah untuk tinggal di Kanada membabitkan permohonan mendapatkan taraf penduduk tetap.

Kebanyakan jenis kerakyatan mensyaratkan pemohon datang untuk bekerja atau tinggal bersama keluarga.

Kejayaan Trump dijangka mencetuskan kebimbangan besar dalam kalangan penentangnya.

Satu kebanjiran keluar dilihat di UK susulan pilihan raya 2015 dan undian Brexit musim panas lalu – isu yang mungkin diselesaikan Kesatuan Eropah (EU) dengan membolehkan penduduk mengekalkan kerakyatan EU mereka.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia