Lajim sah keluar PKR, turut disertai pemimpin DAP

Tindakan Lajim itu disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog daripada PKR, Terrance Siambun; Setiausaha PKR Sabah, Datuk Majjol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani.

Sementara itu, ADUN Likas daripada DAP, Wong Hong Jun yang menyatakan hasrat mengikuti perjuangan politik Lajim turut mengumumkan keluar daripada DAP.

Lajim berkata, beliau akan memberi fokus dalam politik tempatan selepas ini kerana hilang keyakinan dengan kemampuan PKR untuk mendapat sokongan rakyat Sabah dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya bukan keluar seorang diri. Saya disertai oleh barisan pimpinan kanan dan pimpinan muda PKR serta DAP Sabah.

“Saya percaya akan lebih ramai pemimpin dan aktivis politik bersama kita tidak lama lagi,” katanya, memetik laporan Utusan Malaysia.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri