Lagu Yuna masuk senarai pencalonan awal Oskar 2017

Memetik laporan mStar online, lagu nyanyiannya, On Ghost Ridge adalah antara 91 lagu yang disenaraikan oleh Academy of Motion Pictures Arts and Sciences untuk bertanding dalam kategori Best Original Song pada acara berprestij itu.

Ditulis oleh Nicholas Pike, lagu tersebut adalah runut bunyi daripada filem 100 Years: One Woman’s Fight For Justice.

Dalam perkembangan lain, Yuna turut dinamakan sebagai penyanyi Malaysia yang paling banyak lagunya dimainkan menerusi perkhidmatan Spotify diikuti oleh Projector Band, Sufian Suhaimi, Akim & The Majistret dan SonaOne.

Manakala single duet bersama Usher, Crush pernah menduduki tangga ketiga carta Adult R&B Billboard.

Senarai pendek Anugerah Oskar 2017 bakal diumumkan pada 24 Januari depan manakala acara itu akan berlangsung pada 26 Februari.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran