KUALA LUMPUR: KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) perlu bertindak segera dan terbuka dalam menangani isu kontroversi penjualan stokin tertera kalimah Allah.Beliau berkata, KK Mart perlu membuat permohonan maaf yang jelas sebagai bukti kesungguhan mereka menghormati sensitiviti agama dan kepercayaan masyarakat.“Tiada alasan untuk melengah-lengahkan atau menyembunyikan kesilapan yang telah dilakukan.“Permohonan maaf ini wajib disiarkan secara terbuka di semua cawangan KK Super Mart dengan menggunakan kain rentang yang menonjol,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Ahad lalu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh memberi tempoh dua hari kepada pengurusan KK Mart untuk memasang kain rentang permohonan maaf di semua 881 cawangannya di seluruh negara.Dr Akmal menegaskan, jika gagal, Pemuda UMNO di seluruh negara akan melancarkan gerakan memboikot rangkaian kedai serbaneka itu sehingga ianya terpaksa ditutup.Menurut Fariz Hazurin, selagi tiada permohonan maaf terpampang pada kain rentang, tindakan boikot akan diteruskan.“Tindakan ini sangat penting sebagai tanda mengaku salah serta langkah yang mesti diambil untuk menunjukkan tanggungjawab sosial dan kepekaan terhadap perbezaan agama dalam kalangan pelanggan mereka.“KK Super Mart wajib mengambil langkah yang lebih berani dan tegas dalam menangani isu ini,” katanya.Selain itu katanya, KK Super Mart sewajarnya melakukan satu sesi dialog terbuka dengan masyarakat dalam menangani isu kontroversi ini.“Dialog terbuka bukanlah pilihan, tetapi satu kewajiban pada masa ini!“Melalui dialog terbuka, syarikat dapat menjelaskan dengan lebih terperinci keputusan yang telah diambil dan mendengar pandangan serta kebimbangan masyarakat,” katanya.Katanya lagi, KK Super Mart masih berdegil dan enggan menggantung sepanduk permohonan maaf di premisnya, tindakan boikot akan diteruskan tanpa belas kasihan.“Semua pengguna wajar menyokong usaha ini untuk menekan KK Mart supaya lebih bertanggungjawab dan menghormati pegangan agama setiap individu.“Ketegasan dalam membendung perkara ini tidak akan berkurangan, malah dapat memberi pengajaran kepada semua pihak dan masyarakat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette