KWSP Umum Dividen 5.5 Peratus, Syariah 5.4 Peratus

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.5 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.4 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2023.

Ia merupakan peningkatan lebih tinggi berbanding 2022 di mana dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 5.35 peratus dan 4.75 peratus bagi Simpanan Syariah.

Ini bermakna jumlah pembayaran sebanyak RM57.81 bilion untuk 2023.Pengumuman dividen itu dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru dilantik, Ahmad Zulqarnain Onn pada taklimat prestasi kewangan KWSP hari ini.

KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM47.86 bilion dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2023, meningkat 33 peratus berbanding RM36.04 bilion dalam tempoh sama pada 2022.

Dividen tertinggi yang pernah dibayar oleh KWSP ialah 8.5 peratus pada 1986, manakala dividen terendahnya ialah 5.2 peratus, dibayar pada 2020. – MalaysiaGazette

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia