KWSP nafi insentif RM2,500 untuk warga emas

Menurut KWSP, insentif yang didakwa khusus untuk warga emas berusia 55 tahun ke atas itu disebarkan melalui satu mesej audio WhatsApp.

“KWSP ingin menyatakan bahawa maklumat ini adalah palsu dan insentif yang disebut di dalam mesej tersebut tidak wujud,” memetik satu kenyataan KWSP yang diedarkan pada Selasa.

Menurut KWSP, pihaknya memandang serius tindakan tidak bertanggungjawab itu yang dilihat sengaja mengelirukan orang ramai.

Sehubungan itu ahli KWSP dinasihat tidak terpengaruh dengan maklumat palsu berkenaan dan tidak menyebarkan mesej tersebut.

“Ahli digalakkan supaya mengunjungi laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000 bagi mendapatkan maklumat sahih,” menurut kenyataan itu. -Makkal Osai

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal