‘Kutipan dana zakat besar, tak wajar ada lagi miskin tegar’ -PM

GEORGE TOWN: Tidak patut lagi wujud kemiskinan tegar di negara ini sedangkan jumlah kutipan zakat di negeri-negeri besar, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, teras utama zakat adalah untuk membantu golongan miskin, justeru tumpuan pihak berkuasa zakat negeri perlu diperbaharu bagi membasmi kemiskinan tegar.

“Zakat ini bukan sahaja soal pendapatan negara tetapi institusi dikaitkan dengan (pembasmian) kemiskinan,” katanya pada Persidangan Zakat Antarabangsa Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia.

“Saya tidak boleh terima kenyataan negeri yang boleh kumpul dana zakat yang besar, tetapi masih ada kelompok miskin tegar.”

Anwar berikrar menoktahkan miskin tegar sebagai misi utamanya sejak menjadi perdana menteri, pada November 2022.

Semalam, Anwar berkata usaha itu menunjukkan hasil di Kuala Lumpur, Melaka, dan Negeri Sembilan.

Disember lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun, berkata miskin tegas telah dihapuskan di negeri itu dengan 3,530 isi rumah berjaya dikeluarkan daripada kelompok termiskin.

Golongan miskin merujuk isi rumah kurang RM1,169, manakala “garis kemiskinan” bagi isi rumah berpendapatan kurang RM2,208. -FMT

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia