Kuota jemaah haji dikembalikan kepada 27,800 orang

“Kuota Haji buat Malaysia kembali kepada jumlah asal sebanyak 27,800 berbanding 22,320 sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook malam Selasa.

Pengembalian kuota itu pertama kali dilakukan sejak keputusan kerajaan Arab Saudi pada 2013 yang mengurangkan kuota sebanyak 20% bagi setiap negara untuk membolehkan kerja pembesaran Masjidil Haram dilaksanakan.

Pada masa sama, Najib turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi di atas inisiatif tersebut.

“Terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang memberi semula kuota haji berikutan selesai pembinaan infrastruktur buat keselesaan jemaah di Mekah,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia