Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, setakat 12 tengah hari, kawasan yang merekodkan bacaan IPU sederhana adalah Pasir Gudang, Johor (58); Bakar Arang, Kedah dan Kampung Air Putih, Perak masing-masing merekodkan bacaan 55.
Nilai, Negeri Sembilan dan Seberang Jaya 2, Pulau Pinang pula masing-masing merekodkan bacaan 54 manakala Samarahan, Sarawak (52); Pelabuhan Klang dan Larkin Lama, Johor dengan bacaan sama iaitu 51.
Ia berbeza dengan semalam dengan 16 kawasan mencatatkan IPU sederhana setakat 11 malam dengan bacaan paling tinggi 72 di Nilai. – Bernama