KPWKM gesa polis siasat dakwaan jual bayi

KPWKM dalam kenyataan hari ini mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu yang disifatkan amat kejam dan tidak bermoral.

“Sebagai kementerian yang bertanggungjawab ke atas perlindungan dan kebajikan kanak-kanak, KPWKM memandang serius isu penjualan kanak-kanak kerana ia bercanggah dengan Artikel 35 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dan juga Protokol Pilihan berkenaan penjualan kanak-kanak, pelacuran dan bahan-bahan lucah terhadap kanak-kanak.

“Malaysia mempunyai komitmen untuk mengambil segala langkah yang perlu bagi mencegah kanak-kanak daripada terlibat dengan sebarang aktiviti penjualan dan pelacuran,” menurutnya.

Kementerian itu mengulas dokumentari bertajuk “Malaysia: Babies For Sale” yang disiarkan dalam program 101 East, Al-Jazeera semalam. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia