KPN nafi minta bantuan AS siasatan 1MDB

Khalid berkata, sebahagian daripada laporan yang disiarkan pihak media berhubung isu 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) adalah tidak benar dan palsu kerana beliau tidak pernah menyatakan perkara sedemikian.

“Awal hari ini, saya hanya menjelaskan proses jika siasatan itu dijalankan di luar Malaysia, iaitu sekiranya kita yang ingin mengambil kenyataan saksi di luar negara.

“PDRM akan mengikuti protokol antarabangsa yang diperlukan dan mendapatkan MLA di bawah bimbingan Jabatan Peguam Negara, ” katanya, memetik laporan Berita Harian.

Beliau berkata, PDRM berpuas hati dengan kemajuan yang dibuat dalam siasatan kes 1MDB serta memastikannya secara menyeluruh selain berharap dapat dimuktamadkan dalam kadar segera.

Katanya, sepanjang siasatan dilakukan, semua pihak perlu menahan diri daripada apa-apa laporan yang boleh memudaratkan.

Beliau berkata, kegagalan untuk berbuat demikian akan mengakibatkan tindakan undang-undang diambil ke atas pihak terbabit.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia