KPN jumpa TMJ jelaskan isu ‘curi dengar’ telefon bimbit

Kata Khalid, penjelasan tersebut telah diberikan dalam pertemuannya dengan Tunku Ismail selama sejam di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pagi tadi, di sini.

“Semuanya adalah salah faham dan saya sudah memperbetulkannya dalam pertemuan dengan TMJ, pagi tadi.

“Saya sudah jelaskan semuanya kepada Tunku Mahkota dan tiada apa masalah yang timbul dan beliau menerima penjelasan berkenaan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan persahabatan ragbi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand, di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang dibuat oleh Tunku Ismail bahawa Cawangan Khas Bukit Aman telah ‘curi dengar’ telefon bimbitnya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia