KPM akan lindung guru disaman ibu bapa – Mahdzir Khalid

Namun bagaimanapun, menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid menasihatkan ibu bapa supaya tidak mengambil pendekatan menyaman mahupun mengambil tindakan undang-undang ke atas para guru.

“Terdapat segelintir ibu bapa mengambil tindakan undang-undang ke atas perkara yang melibatkan para guru dan murid itu sendiri di sekolah.

“KPM akan melindungi guru kami dalam hal ini.Mereka (guru) kakitangan awam. Mereka berhak dan terlindung di sisi undang-undang semasa berkhidmat,” katanya selepas merasmikan program Guru bersama Masyarakat di ibu negara.

Beliau menegaskan sekiranya ibu bapa bertegas untuk meneruskan saman ke atas guru, ianya haruslah menjadi pilihan dan langkah penyelesaian terakhir.

“Kita KPM mengambil pelbagai langkah penyelesaian bagi menangani masalah melibatkan murid dengan guru di sekolah.

“Masalah boleh ditangani dengan kerjasama pegawai pendidikan peringkat daerah dan negeri.

“Jadi saya harap tiada lagi ibu bapa menyaman atau mengambil tindakan undang-undang secara sewenang-wenangnya ke atas guru selepas ini,” tegasnya lagi. – Malaysia Nanban.

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal