KPDNKK siasat dakwaan ikan disorok

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihak kementerian bagaimanapun memandang serius dakwaan itu dan akan terus membuat pemantauan rapi terhadap isu kenaikan harga ikan.

Jika dakwaan itu benar tegas beliau, kementerian tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada terhadap pihak terbabit.

“Sebab saya tidak tahu, saya tidak boleh menafikan (dakwaan bekalan ikan disorok). Kalau saya tahu baru saya boleh sebut.

“Berdasarkan tinjauan terhadap golongan nelayan, mereka mengatakan sudah kurang turun ke laut kerana musim tengkujuh, jadi bekalan ikan menjadi kurang,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Tumpat 2, di Tumpat pada Ahad.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia