KPDNKK Perak rampas 3,000 kg minyak masak di premis jual peralatan sembahyang

Ketua Unit Anti Pencatutan KPDNKK negeri, Ahmad Ahrazuddin Ahmad Hamdan berkata, rampasan melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM14,000.

“Premis ini didapati menyimpan dan memiliki barang kawalan melebihi daripada had yang ditetapkan iaitu sebanyak 500 kg.

“Pada masa yang sama, kami turut mendapati pemilik premis cuba untuk menyeleweng minyak tersebut untuk kegunaan industri,” katanya, memetik Kosmo Online.

Tiga lelaki termasuk seorang pemilik premis turut ditahan untuk diambil keterangan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap