KP Imigresen nafi keluar kenyataan “Bantu tangkap PATI dapat duit”

Menafikan mengeluarkan kenyataan “Bantu tangkap PATI dapat duit” seperti disiarkan sebuah akhbar hari ini, Mustafar berkata cadangan atau syor sedemikian boleh menjejaskan keselamatan orang awam.

“Berkemungkinan mereka akan bertindak di luar batasan undang-undang serta menyebabkan implikasi negatif dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan berhubung penyiaran laporan berkenaan.

Mustafar berkata, jabatan itu juga menafikan kenyataan berkaitan cadangan membenarkan majikan yang memerlukan pekerja asing untuk terus datang memilih di tempat tahanan.

Sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan hari ini melaporkan Jabatan Imigresen mengesyorkan agar rakyat yang membantu menangkap PATI diberikan ganjaran kewangan dalam usaha memerangi majikan serta sindiket yang mendalangi penyeludupan warga asing ke negara ini.

Mustafar dilaporkan sebagai berkata bahawa kegiatan penyeludupan PATI dan pemerdagangan manusia di negara ini sukar dibanteras selagi ada dalam kalangan rakyat bersubahat dengan kegiatan itu. -Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia