Pengerusi Persatuan Kontraktor India Johor, S. Subbayah berkata ahli-ahli persatuan itu sudah mula merungut kerana dinafikan hak untuk mendapatkan kontrak.
“Kami membawa cadangan menuntut kontrak untuk kontraktor India kecil-kecilan daripada negeri Johor, tetapi suara kami masih tak didengar kerajaan BN negeri ini.
“Pada tahun 2015, Menteri Besar Datuk Seri Khalid Nordin memberikan 10 peratus kontrak kerajaan negeri kepada kami dan kami gembira dengan peluang itu.
“Beliau bejanji akan diberikan 10 peratus kontrak kepada kontraktor India di negeri ini, tetapi sehingga kini kami belum diberikan sebarang kontrak bagi tahun 2016,” keluh beliau.
Pada tahun lalu, kontrak membaiki dan menaiktaraf jalan tar diberikan kepada kontraktor India dan kami melaksanakannya dengan cemerlang.
Namun katanya lagi, kali ini mereka masih belum melihat bayangan kontrak baharu.
“Kami akan gembira sekiranya kerajaan negeri memberikan 10 peratus kontrak tahun ini yang tertunggak bersama dengan 10 peratus lagi kontrak bagi tahun 2017 nanti,” ujarnya lagi. – Malaysia Nanban