Kontraktor dituduh rekrut dua individu jadi ahli Daesh

Tertuduh, Saidin Yaacob, 49, dari Sik dekat sini dituduh melakukan kesalahan itu antara Januari 2013 hingga September tahun sama di sebuah rumah di Lot 3487, Rancangan Pinggir Padang Besar, Jeneri, Sik, memetik laporan Kosmo Online.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah merekrut dua individu iaitu Ishak Haya dan Abdul Halid Dari sebagai ahli kumpulan pengganas tersebut.

Tertuduh yang mempunyai dua anak hanya mengangguk faham sebaik saja pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Faraheen Yahya pula memohon mahkamah tidak menawarkan ikat jamin terhadap Saidin.

Majistret Mohd. Izmi Ibrahim menetapkan sebutan semula pada 12 Oktober depan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia