Kontraktor dijel 10 hari, didenda RM300, curi seluar jeans

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nur A’minatul Mardiah Md. Nor terhadap Lim Tiong Khee, 36, selepas dia mengaku bersalah mencuri dua helai seluar panjang jeans berwarna biru gelap dan biru muda itu.

Mahkamah memerintahkan dia dihukum penjara 10 hari lagi jika gagal membayar denda.

Tertuduh melakukan perbuatan itu pada pukul 5.30 petang, 31 Ogos lalu, di Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Tiong Khee didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd. Zamry memohon hukuman yang boleh dijadikan pengajaran agar dia tidak mengulangi kesalahan sama.

Bagaimanapun, Tiong Khee merayu hukuman ringan kerana dia menanggung isteri dan dua anak, petik laporan Utusan Malaysia.

Â

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia