Konsert Search 35 Tahun: Bekas penganjur saman empat anggota Search

Empat anggota tersebut ialah vokalisnya, Amy Search, Noordin Mohd. Taib (pemain gitar), Hamzah Mohd. Taib (pemain gitar utama) dan Nasir Daud (pemain gitar bass).

Syarikat penyedia perkhidmatan udara tersebut menuntut ganti rugi khas sebanyak RM494,079.71 iaitu kos yang telah dikeluarkan bagi tujuan promosi dan lain-lain.

Yang turut dimohon ialah ganti rugi am, teruk dan teladan yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Kontroversi konsert tersebut bermula apabila pemain dram Search, Yazit Ahmad, membuat laporan polis awal Mei lalu berhubung dakwaan anggota kumpulan berkenaan melakukan pecah amanah.

Saman tersebut difailkan di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di Shah Alam melalui firma guaman, Adnan Shahida & Associates.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran