Kongres Ekonomi Bumiputera bukan nafi hak bukan bumiputera

KUALA LUMPUR, 12 Jan -- Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

-- fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA


KUALA LUMPUR: Sebarang perbincangan mengenai hak Bumiputera bukan bermakna ia menafikan hak bukan Bumiputera, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Sebaliknya, kata Asyraf, kerajaan ingin menfokuskan strategi berkesan memperkasakan agenda dan mengangkat martabat rakyat majoriti.

“Kongres Ekonomi Bumiputera ini seharusnya tidak perlu dipolitikan oleh segelintir yang melihatnya secara sinis. Seolah-olah ia akan menafikan bukan Bumiputra atau rakyat secara keseluruhannya.

“Hakikatnya bila kita melihat statistik yang mutakhir yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik 70.1% rakyat Malaysia ini terdiri daripada Bumiputera,” katanya.

Asyraf berkata demikian ketika merasmikan Simposium Kongres Ekonomi Bumiputera.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata kerajaan mahu wakil dewan perniagaan Cina dan India mengambil bahagian dalam kongres itu.

Sementara itu, dalam sidang media, Asyraf berkata, jemputan untuk menghadiri kongres itu dihantar kepada semua parti politik, seperti diarahkan Anwar.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata parti itu belum menerima jemputan rasmi untuk menghadiri kongres tersebut.

Pada 14 Februari lalu, Fadhli berkata, PAS menunggu jemputan rasmi sebelum memutuskan sama ada pemimpinnya akan menghadiri kongres itu. Beliau menjawab kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa kongres itu terbuka kepada semua tanpa mengira pegangan politik.

Bagaimanapun, Asyraf berkata beliau masih belum menerima jawapan berhubung jemputan tersebut. -Free Malaysia Today

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri