Kong Hon Kong… Kesedihan ‘menukarnya’ jadi bilionair

“Saya terpaksa meminta maaf berkali-kali bila terlangkah kubur-kubur itu, dari situ yang merasakan yang saya perlu ‘buat sesuatu’,” katanya yang akhirnya memutuskan untuk membuka sebuah syarikat pengurusan dan pengkebumian mayat. Namun usahanya bukan mudah. Lima tahun lamanya dia merayu kepada kerajaan negeri Selangor untuk menukar status tanah persendirian ke tanah pengkebumian.

Kata Kong, ketika itu Kod Tanah Negara tidak mempunya kategori tanah kubur. Masa itu katanya kerajaan negeri memang ada memperuntukan tanah jirat percuma untuk orang Cina jadi isu status tidak timbul. Dalam semua permohonannya, Kong sentiasa cuba menyakinkan kerajaan negeri pulangan dan keuntungan yang kerajaan negeri boleh peroleh sekiranya permintaannya itu dipersetujui.

“Ketika saya dimaklumkan permohonan awal saya ditolak, saya menangis tanpa henti. Namun akhirnya saya dapat juga lesen beroperasi dan penukaran status itu. Bermula dengan sebuah jirat di Semenyih, kami kini syarikat pengurusan dan pengkebumian mayat terbesar di Asia!,” kata pengasas dan Pengarah Urusan NV Multi Asia Group (Nirvana) itu dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar suatu ketika dulu.

Syarikatnya telah disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong hingga membolehkannya memperoleh pendapatan lebih RM1 bilion! Terbaru beliau telah membeli tanah seluas 75 hektar di Medan, Indonesia untuk tujuan yang sama disamping melebarkan perniagaannya ke China dan Vietnam. Kong juga banyak terlibat dalam kerja-kerja kebajikan dan berharap dapat menyumbang RM100 juta hanya untuk tujuan tersebut!

“Tahun lepas saja saya dah menyumbang sebanyak RM15 juta untuk tujuan kebajikan. Saya taknak tinggal harta banyak-banyak sangat pada anak-anak “

Untuk rekod, Kong tahun lepas dah bergelar Tan Sri. Pencapaian akademik? Jutawan ini hanya tamat tingkatan lima sekolah menengah dekat Kuala Lipis, Pahang.

Related posts

Adat Berniaga di Bulan Ramadhan dan Pembaziran

ABIM Gesa Laksana Undang-undang Kekang Promosi Aktiviti Persundalan

Perjalanan terakhir Proton? Alahai