KKM siasat kes culik bayi di hospital, kata Subramaniam

Menterinya Dr S.Subramaniam berkata kejadian itu tidak sepatutnya berlaku di mana-mana hospital dan pihaknya memandang insiden itu sebagai sangat serius.

“Kita ada prosedur dan sistem keselamatan untuk bawa keluar bayi yang sesiapa pun tidak boleh sewenang-wenangnya memberi kebenaran untuk bayi dibawa keluar.

“Ia bagi memastikan keselamatan bayi di wad terjamin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Minggu Kesedaran Antibiotik Kebangsaan 2016 di Hospital Putrajaya hari ini.

Bapa kepada bayi itu, Mohd Ihtisyamuddin Mohd Ashri, 29, menyedari mengenai kehilangan bayinya pada pukul 9 malam selepas beliau datang ke hospital untuk melihat anak keduanya itu yang lahir pada Khamis lalu.

Susulan laporannya kepada pihak polis, polis telah menahan sepasang suami isteri yang berusia lingkungan 30-an tengah malam tadi di sebuah rumah di Selising, Pasir Puteh.–Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap