KJ tegur jabatan kerajaan lakukan pembaziran elektrik

Menurutnya, beliau kecewa dengan kelemahan polisi pengurusan elektrik di negara ini yang mana ianya menyebabkan berlakunya pembaziran sumber tenaga berkenaan.

“Rata-rata tempat di negara kita tidak mempunyai pengurusan atau polisi elektrik yang baik. Saya ingin ingatkan jabatan-jabatan kerajaan bahawa kita perlu ada pengurusan tenaga yang lebih baik.

“Ada bangunan kerajaan yang tidak digunakan, tetapi lampu serta pendingin hawa dipasangkan, tidak diurus dengan baik,” kata Menteri Beliau dan Sukan itu ketika berucap dalam Prapersidangan: Belia dan Alam Sekitar bersempena Persidangan Kebangsaan Persatuan Wanita Rantau Pasifik dan Asia Tenggara Malaysia (PPSEAWA) 2016.

Khairy dalam masa yang sama turut menzahirkan kekecewaan terhadap sikap sambil lewa rakyat negara ini dalam isu pengasingan sisa pepejal.

Katanya, rakyat perlu segera mengubah mentaliti dan mengambil serius isu pengasingan sisa pepejal supaya pelaksanaan polisi kitar semula untuk memacu pembangunan yang mampan dapat dijayakan.

“Negara maju bukan bermaksud hanya moden dengan prasarana yang canggih, bangunan pencakar langit, lapangan terbang bertaraf antarabangsa tetapi meliputi sikap rakyat.

“Kalau tiada sikap mahu menjaga alam sekitar, tidak kiralah maju sebagai negara dunia pertama, tetapi mentaliti tetap kekal negara dunia ketiga.
Di luar negara, isu alam sekitar tidak diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan, aktivis serta pertubuhan bukan kerajaan tetapi dijadikan gaya hidup rakyatnya,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Khairy memberitahu, berdasarkan statistik, menjelang 2020, jumlah pembuangan sisa makanan adalah sebanyak 16 Menara Berkembar Petronas.

Daripada jumlah itu, kata beliau, 10 hingga 15 peratus merupakan makanan yang tidak pernah dimakan atau telah sampai tarikh luput.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia