Katanya, beliau tidak boleh membuat pengesahan kepada umum bahawa pendrive itu cuma mengandungi salah laku dari segi teknikal dalam FAM selepas meneliti kandungannya kerana tindakan berkenaan boleh mengundang tohmahan liar ke atas beliau.
“Saya menerimanya (pendrive) dalam keadaan tanggapan umum, ia mengandungi bukti penyelewangan. Apabila saya teliti kandungannya, maka saya buat keputusan untuk serahkan pemacu pen itu kepada SPRM.
“Jika saya sendiri kata ini bukan bukti penyelewangan, mungkin ada mendakwa saya cuba melindungi FAM atau individu tertentu. Saya kurang kewibawaan untuk menyatakan ia bukan bukti, oleh itu saya serahkan kepada SPRM untuk mengesahkan,” katanya, menurut laporan Kosmo Online.
Terdahulu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan isi kandungan pendrive yang diterimanya sebelum ini bukanlah bukti rasuah yang berlaku dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Sebaliknya, beliau menjelaskan isi kandungan pendrive itu adalah mengenai salah laku dari segi teknikal seperti sikap pilih kasih, jurulatih tidak profesional dan Exco yang tidak memainkan peranan untuk menjalankan tugas dengan betul.