KJ serah ‘pendrive’ di SPRM esok

Beliau berkata demikian menerusi laman twitternya sebentar tadi.

Semalam Khairy berkata, beliau masih belum menemukan sebarang maklumat yang boleh mengaitkan Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM) dengan perbuatan rasuah atau salah urus selepas meneliti sebahagian kandungan dalam pendrive yang diberikan kepadanya oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Terdahulu, Tunku Ismail menyerahkan pendrive yang didakwa beliau me­ngandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah urus FAM kepada Khairy selepas berkenan menerima kunjungannya di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

Namun begitu, Khairy memberitahu, setakat ini beliau mendapati pendrive itu banyak mengandungi laporan teknikal berhubung FAM, skuad bola sepak kebangsaan, aspek kejurulatihan, skuad futsal negara, skuad wanita dan program pembangunan.

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2