KJ dedah kandungan pendrive Jumaat ini

Menurutnya, kandungan dalam pemacu berkenaan banyak berkisar soal teknikal dalam bola sepak Malaysia serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Selain itu jelas Khairy, beliau turut memberi jaminan jika ia mempunyai unsur dan bukti penyelewengan atau ketirisan, pihaknya sendiri akan menyerahkan sendiri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ia adalah dokumen teknikal bola sepak berkenaan FAM, pasukan kebangsaan, sistem kejurulatihan. Ia bukan satu dokumen yang menyentuh soal penyelewengan keseluruhannya dan saya masih perlu teliti (semua kandungan).

“Saya sendiri akan serah jika ada bukti penyelewengan kepada SPRM. Takkan perlu untuk kita hantar maklumat teknikal mengenai corak permainan pasukan kebangsaan kepada mereka (SPRM),” katanya.

Khairy sebelum ini menjelaskan beliau memerlukan masa untuk membaca semua dokumen yang terkandung dalam pemacu itu yang diserahkan oleh Tunku Ismail.

Ia didakwa mengandungi maklumat mengenai ketirisan dan salah laku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2