Kita akan pastikan sebahagian bangunan Malaysiakini ‘runtuh’ – Jamal Yunos

Kata Jamal, hasil perjumpaan beliau dengan pihak pengurusan Malaysiakini yang diterajui oleh Stevan Gan, portal tersebut sudah mengakui mereka ada menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang didalangi oleh penyangak matawang, George Soros.

“Kami telah mendapat penjelasan dan mereka sendiri mengaku bahawa mereka terima sumbangan tersebut dan mereka kata mereka telah beri penjelasan di dalam portal dua hari lepas.

“Bagi kami itu yang kami hendak dengar. Bukan banyak mana mereka dapat sumbangan tersebut tetapi kita persoalkan sejauh mana hubungan mereka dengan penyangak mata wang ini.

“Kami telah sebulat suara menggantikan himpunan itu kepada demonstrasi di sini untuk protes kepada Malaysiakini, kumpulan Bersih yang mana mereka ini didalangi kuasa asing,” katanya dalam sidang media selepas selesai pertemuan dengan pengurusan Malaysiakini di pejabat Malaysikini di Petaling Jaya di sini.

Bagaimanapun Jamal tidak menjelaskan maksud sebenar meruntuh sebahagian bangunan Malaysiakini dan membiarkan pihak pengurusan portal itu untuk membuat tafsiran.

“Kami NGO-NGO seluruh negara akan membuat protes secara besar-besaran di sini sekurang-kurangnya 20 ribu orang dan kita akan pastikan sebahagian bangunan ini akan ‘runtuh’ pada 5hb.

“You nak musnahkan bangunan ini?,” soal Stevan Gan.

“Saya tidak tahu, saya cakap runtuh (sahaja), runtuh macam mana saya tidak tahu. Terpulang pada tafsiran you. Saya tidak kata hendak musnahkan, you yang sebut,” balas Jamal.

Sebelum itu, dalam pertemuan tersebut, Editor Bahasa Melayu Malaysiakini, Jimadi Shah Othman memaklumkan pihaknya tidak berniat untuk merahsiakan sebarang sumbangan yang diterima oleh portal tersebut.

Jelasnya, Malaysiakini beroperasi hasil daripada penjualan iklan dan langganan berita serta senarai penderma juga turut disenaraikan di dalam portal.

“Kita tidak berahsia mengenai dana Malaysiakini. Geran (OSF) itu hanya sebahagian kecil sahaja dana yang kita terima untuk beroperasi.

“Kebanyakkan dana kita datang daripada iklan, itulah sumber dana Malaysiakini. Dalam bahasa Inggeris kita ada langganan yang menjadi sumber pendapatan semenjak sekian lama.

“Kita tidak nafi, Kinitv menerima dana daripada open sociaty foundation (OSF) tetapi jumlah yang sedikit dan dana itu untuk projek berita-berita berkaitan Sarawak dan kita tidak nafi,” ujarnya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri