VIDEO: Kita akan pastikan himpunan Bersih 5 tidak akan aman – Razlan Rafii

Sekiranya mereka tetap mahu meneruskan hasrat itu, tegas Razlan, ianya akan jadi himpunan yang tidak aman.

“Saya hendak maklumkan kepada semua warga negara Malaysia, sekiranya perhimpunan Bersih berlaku di Kuala Lumpur, kita akan pastikan ianya tidak akan aman.

“Tujuan mereka untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ini yang kita pertahankan.

“Hari ini anak muda sudah bangkit untuk kita pertahankan sistem demokrasi kita,” katanya ketika berucap dihadapan ribuan anak muda yang berhimpun di Persiaran Gurney Pulau Pinang pada Sabtu.

Ribuan anak muda hari ini membanjiri Persiaran Gurney bagi mendesak Lim Guan Eng meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kerana terpalit dengan dakwaan rasuah dan sedang dibicarakan di mahkamah.

Himpunan ‘Pemuda Bangkit’ itu diadakan untuk memberi peringatan kepada penganjur Bersih 5 yang berhasrat untuk mengadakan himpunan di Pulau Pinang pada 19 November depan.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dalam sidang medianya mendesak supaya pihak berkuasa terutamanya pihak polis tidak memberi kebenaran kepada pengajur untuk mengadakan himpunan tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=lMZ8BwubQx0

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri