‘Kita ada panglima Bugis’, kata Subramaniam

Beliau berkata, ini kerana BN mempunyai seorang “Panglima Bugis” yang bersiap sedia menghunus pedang bagi memimpin mereka menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

“Mantan perdana menteri yang tidak berpuas hati bersama seorang lagi bekas timbalan perdana menteri telah bersekongkol dengan gabungan pembangkang yang rapuh kini cuba bersatu untuk menjatuhkan kepimpinan dan kerajaan BN,” katanya, merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita perlu bangkit dan harungi cabaran ini.Kita ada seorang panglima Bugis sebagai jeneral yang telah menghunus pedang dan hanya menunggu waktu untuk memimpin dan bergerak ke depan,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung MIC ke-70 di ibu negara hari ini.

Gelaran Panglima Bugis itu dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN yang turut hadir merasmikan perhimpunan tersebut.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri