Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Kiong mendakwa DAP tidak mempunyai hak untuk menuding jari ke arah komponen BN atau mempersoalkannya mengenai Hudud jika dia sendiri gagal menyekat PAS berbuat demikian semasa berada dalam sekutunya.
“DAP gagal sekat dan nasihat PAS mengenai Hudud. itulah puncanya PAS bentang Hudud di Parlimen.
“DAP adalah punca segala masalah yang kini sudah menjadi keruh. Tanpa mengendahkan kesejahteraan negara dan rakyat menjalin kerjasama dengan PAS demi kepimpinan parti.
“Kami selepas PAS luluskan hudud di Kelantan, kami failkan kes di Mahkamah. Ketika itu DAP buat apa, cakap besar sahaja tanpa tindakan, tapi pandai menuding jari dengan orang lain,” soalnya.
Beliau meminta DAP menjelaskan kenapa parti itu menutup mulut ketika Hudud diluluskan di Kelantan tanpa sebarang tindakan.
“Lim Kit Siang harus rasa malu dengan dirinya, sebelum menyoal orang cerminkan diri sendiri dulu sebagai penyibuk, kenapa tidak menyatakan pendirian parti dalam hal ini kepada rakyat.
“Itu patut dibuat DAP. Kit Siang tak layak komen pasal BN yang didakwa kononnya berada dalam keadaan terdesak ekoran RUU356,” katanya.- Malaysia Nanban